TABUNG CIK DANISH

Tuesday 16 February 2016

Abah & Son

Bismillah..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam.

Entri review makan lagi. Hehe. Sebab ibu pergi kursus, ayah ajak makan luar. Ayah tanya, kakak nak makan mana? Nak makan kat Abah & Sons! Teringat teringat nasi goreng tomyam die! Kecur ayaq lioq. Hahaha. So lepas solat Maghrib, bergerak la makan kali kedua kami kat Abah & Sons Co. Lakefield Sungai Besi. Yeay! Haha.

ABAH & SONS CO.

^_^

Aritu makan 4 orang, kalini pun 4 orang. Aritu ada ibu, kalini ada adik bongsu. Hehehehe. Kedai makan cun. Cuma suasana selalu bunyi bising lagu lagu bingit.

Okok. Makan makan.
1) Adik bongsu pilih nasi halia ayam daging bersama air nutella. Menu baru katanya. Bak kata adik, banyak naw halianya. Sapa suka halia boleh la pilih menu ni. Kick! Air nutella kureng.

2) Adik ketiga pilih nasi putih daging Abah n Sons dengan air teh ais. Makan biasa gini memang puas hati la. Tiada pelik pelik puas hati la. Adik ketiga ni memang selalu pilih menu swlamar, confirm sedap, cepat dan tidak mengecewakan.

3) Cik Danish sebab teringat ingat nasi goreng tomyam aritu, jadinya, nasi goreng tomyam lagi la kalini. Tapi lupa bagitau xnak cili padi! Pedas kaw kaw! Aritu gak best sebab mintak tak pedas. Hehe. Nak buat cane. Suka tomyam tapi tak suka pedas. Apepun nasi die memang sedap! Sangat rekomen! Air Cik Danish pilih roselle splash. Ada air soda dalam setiap versi air splash ni. Aritu strawbery splash tak berapa best. Roselle ni best sikit.

4) Ayah lak kalini amek nasi goreng thai. Air pineapple. Nasi ayah cakap sedap. Die rekomen la sape nak makan. Air tak. Air langsung tak rekomen. Huhu. Cik Danish rasa sebab dia pakai cordial semata sebab tu kureng. Rasa kordial pun tak kick. Kalau ibu selalu bising Cik Danish bancuh air kureng, rasanya ibu akan pilih air Cik Danish dari air pineapple ni. Hehehehe.

Kat kedai ni ade juga jual kek, gula gula. Tapi kek dia mahal! Tengok pon kurang menggiurkan. Kalau Cik Danish boikot Secret Recipi pun, Cik Danish tetap tak pilih kek kat Abah n Sons kot. Sebab presentation biasa, kek kecik dan harga agak mahal.

Overall, kedai best, service best, makanan sedap, air je tak jumpa yang kena tekak lagi. Hehe.

Ok. Sekian Selamat Menjamu.

^_^




















2 comments:

  1. Best best best. kalau ke Sungai Besi, singgah la Abah & Sons di Lake Field ni. Kedainya sederet Bank Muamalat, Subway, Fiffy, Kedai Kek Bagus. Kalau yang pergi Kursus Kahwin kat area atas berhampiran Bank Muamalat tu, boleh la makan malam kat Abah & Sons ni sekali. Hihi. Promoter tak bertauliah. =)

    ReplyDelete