TABUNG CIK DANISH

Monday 29 February 2016

Tips dengan Mertua

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamualaikum dan Salam Khoilullah.

Ada sesiapa yang sudah mendapatkan,
Ebook yang sarat dengan tip dan panduan,
akad nikah dari NikahKahwin.com?

Atau ada sesiapa yang melanggan email
dari admin@nikahkahwin.com juga?
Cik Danish pun tak pasti,
bagaimana Cik Danish boleh sign up email ni.
Hehehe.
Tapi bagus juga la.
Boleh dapat tips tips alam rumah tangga. 
Contohnya Tips dengan Mertua ni.

Jadinya, Cik Danish panjangkan tips mereka ni,
Bersama pengunjung blog Cik Danish.
Moga memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Tapi Cik Danish ada edit sikit la.
Huhu. Sori admin Nikah.
Selamat Membaca Semua. 

^_^

TIPS DENGAN MERTUA

^_^

Oh ya, kali ini kami akan berkongsi dengan anda,
tip yang amat penting dalam rumahtangga anda,
supaya sentiasa aman bahagia.
Terutamanya kepada kaum wanita,
iaitu mengenai bagaimana anda berhadapan
dengan mertua anda!
WOW!

Antara perkara yang anda perlu tahu dan faham adalah:

1) Cuba bermesra
Tunjukkan rasa hormat kepada mereka semasa berbual.

2) Dahulukan keluarga anda
Memandangkan anda sudah berumah bin tangga,
Ada pula yang sudah mempunyai anak,
Anda seharusnya memberikan keutamaan
Keutamaan kepada siapa?
Keutamaan kepada keluarga anda dahulu...
Mungkin kedengarannya tidak patut,
namun jika anda terus meletakkan ibu bapa
lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda.

3) Usah babitkan anak2
Apa jua masalah anda
Konflik anda dengan mertua
Teruknha hubungan anda dengan mertua
Jangan sesekali babitkan anak-anak.
Cukuplah masalah itu antara anda berdua sahaja.

4) Dapatkan nasihat 
Sesekali mintalah pendapat atau nasihat
daripada mertua anda.
Dengan cara itu mereka akan merasakan
bahwa mereka masih mempunyai peranan
dalam kehidupan anak mereka
selain mereka merasa dihargai
sebagai seorang yang berpengalaman.

5) Terima seadanya 
Jika hubungan anda dengan mentua
sudah tidak dapat dibantu lagi,
terimalah ia seadanya.
Lama-kelamaan in shaa Allah
hubungan ini akan beransur baik.
Banyakkan berdoa dibukakan pintu hatinya.
Apapun pastikan mereka tahu,
bahawa anda sayangkan anak mereka
dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Semoga tip ni dapat mengeratkan lagi
hubungan anda dan mertua anda.

^_^

Sikit lagi Cik Danish nak tambah.
Jika anda ada Tabung Sedekah,
bolehlah gunakan juga untuk membeli Hadiah.
Jika tiada Tabung Sedekah,
peruntukkan sedikit dari gaji anda.
Berikan Hadiah pada ibu ayah dan juga mertua.
Semua orang suka hadiah.
In shaa Allah ia dapat memenangi
hati ibu ayah dan mertua.

Opppsss..
Niatkan sedekah untuk menggembirakan mereka.
Moga Moga Pahala dapat,
Tambat Hati dapat,
Silaturrahim juga dapat.
3 dalam 1 tuuu..
Hehehehe..
Selamat Mencuba..

^_^




No comments:

Post a Comment