TABUNG CIK DANISH

Friday 26 February 2016

Ferio Cafe Melaka

Bismillahirrohmaanirrohiimm
Assalamua'laikum dan Salam Malam

Entri ni nak kenalkan sebuah cafe di Melaka Bandaraya Bersejarah.

^_^

Selain melawat kesan tinggalan sejarah, ramai juga yang suka datang makan di Melaka kan. Apa kata cuba cafe ni juga.

^_^

Jalan Jalan Cari Makan di Melaka?
Tak tahu nak makan apa?
Tak tahu nak makan di mana?

Haaaa!
Cubala rasa Mee Pasu yang disajikan di Ferio Cafe.

FERIO CAFE

Cafe ini terletak di No 38, Jalan Bertam Perdana 1, Taman Bertam Perdana 75200 Melaka.

Kalau tak jumpa macamana??
Waze kan addooo..
Hehehe.
Waze "Hot Burger Pulau Gadong" kerana Ferio Cafe terletak di sebelah kirinya.

Kalau tak jumpa jugak???
Whatsapp ja depa kat nombor 0176801712 untuk bertanyakan lokasi tepat.

^_^

Ha! Nak pi bila tu?
Jangan pi hari Rabu tau!
Rabu depa cuti!
Waktu operasi depa bermula jam 2 petang hingga 12 malam.

Ferio Cafe ni ada macam macam menu. Cumanya yang special dan recommended yang ni :
→ Mee Pasu
→ Lempeng Nutella Vanila
→ French Fries Cheese
→ Lasagna

Paling recommended kalau pi berdua ke, ramai ke, cubalah menu utama depa Mee Pasu tu. Mee Pasu Mee Pasu. Mee Pasu tu apa dia kan? Mee Pasu tu Mee Hailam yang depa letak dalam bekas macam pasu. Pasu bersih dan cantik. Hehe.

Ok. MEE PASU ni ada macam macam size. Ikut berapa ramai hampa mai. Tak faham? Camni :

√ Size Ciput (1-2 Orang) RM10

√ Size Ngam-Ngam (3-5 Orang) RM20

√ Size Gedabak (6-7 Orang) RM32

Jimat Jimat Jimat. Hehehe.

^_^

*** AMARAN KERAS!!!
*** Pasu depa jangan bawak balik rumah pulak na. Kesian orang lain nak makan takdak pasu. Paling kesian owner cafe tu nak kena pi beli pasu lain pulak. Kot time tu jam 10 tengah ramai pulak kat cafe, tak ke naya camtu. Ishk ishk ishk.

Okela. Tu saja.

^_^

Sumber dari muka buku Ferio Cafe.
Maklumat lanjut, lawati muka buku Ferio Cafe : https://m.facebook.com/aiskrimpasumarshmallow/

^_^




















No comments:

Post a Comment