TABUNG CIK DANISH

Tuesday 23 February 2016

Sombong

Bismillahirrohmaanirrohiimm.
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.

SOMBONG

Jom audit diri.
Muhasabah di pagi hari.
Adakah kita seorang yang sombong??

Sedikit perkongsian, banyak manfaat. Sombongkah Aku?????

» Sombong adalah penyakit hati yang mana akan menjerumuskan pelakunya  ke neraka.

» Tidak akan masuk syurga barang siapa yang ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.

» Merendahkan orang lain itu sombong.

» Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.

» Menunjuk nunjuk kelebihan itu sombong.

» Berlumba lumba menunjukkan kekayaan pun sombong.

» Memperbodohkan orang lain itu sombong.

» Sentiasa nak menang itu juga sombong.

» Mementingkan diri sendiri itu sombong.

» Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.

» Bersangka buruk itu sombong.

» Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.

» Merasa diri hebat itu sombong.

» Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.

» Tidak boleh ditegur itu sombong.

» Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

•_•;

♨SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YANG SANGAT TERCELA, DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN. SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA DARI MEMAKAI SIFAT TERCELA INI.

Sekadar perkongsian.
Dari teman wasap.
Wallahua'lam.

Ya Allah, buangkanlah sifat sifat negatif, sifat sifat mazmumah dari diriku, keluarga dan zuriat keturunanku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.

Yang baik dari Allah. Yang buruk dan tidak baik dari saya sendiri manusia yang tidak sempurna. Maafkan saya untuk segalanya.

No comments:

Post a Comment